Hujung minggu merupakan hari ‘outing’ untuk ibu-ibu yang sudah betungkus-lumus bekerja. Namun, ketika nak ‘outing’ ini-lah Baby kita meragam bermacam-macam.

Antara salah satu faktor anak meragam dihujung-minggu adalah kerana ibu-bapa tidak menjaga jadual tidur anak sebaiknya.

Penting bagi ibu-ibu untuk memahami jadual tidur Baby bagi memudahkan susun-atur jadual urusan-urusan, seperti apabila menziarah keluarga dan rakan-rakan. Antara planning favourite saya adalah, membiarkan Baby tidur ketika dalam perjalanan di dalam kereta, dan bukan ketika di luar kenderaan.

3 faktor di sarankan menidurkan Baby dalam kereta adalah:-
1) Keadaan pergerakan kereta yang bergoyang-goyang memudahkan anak tidur dengan cepat.
2) Kurangnya gangguan luaran jika tidur dalam kereta.
3) Suasana suhu yang terkawal kerana adakala Baby sangat rimas dan tidak selesa dalam keadaan berpeluh-peluh kepanasan.

Apabila tiba di sesuatu destinasi, mommies boleh pastikan Baby sudah cukup tidur dan Baby boleh berjaga dengan riang-ria!

Berikut adalah panduan jadual tidur bagi Baby yang normal, antara umur 0~12 bulan.

Jadual-Tidur---V3
Artwork http://www.pinkierthanblue.com . Sumber maklumat dari http://www.preciouslittlesleep.com dan Baby Centre

Jadual tidur Baby yang teratur juga dapat mempermudahkan urusan-urusan harian lain seperti memasak, hobby, kekeluargaan dan sebagainya.

Kebiasaannya, waktu tidur Baby adalah waktu di mana kebanyakan ibu-ibu boleh terbang bebas untuk melaksanakan urusan-urusan lain.

Bagi sesetengah ibu yang organized, jadual seperti ini pasti di print dan di simpan di tempat-tempat yang mudah nampak, samada di tepi peti-sejuk mahupun di dalambuku nota/diary harian.

Sebenarnya salah satu faktor penting lain menjaga jadual tidur Baby adalah untuk memastikan Baby mendapat pertumbuhan yang sihat.

Sharekan artikel ini untuk mommies-mommies lain mendapat manfaat juga.

Advertisements