Bertahun-tahun menggunakan bedak, ada sesetengah dari kita yang mungkin masih tidak mengetahui fungsi sebenar bedak ini. Mungkin kita hanya mengikuti tradisi orang-orang lama yang membedakkan Baby tanpa kita mengetahui fungsi dan kesan-kesan pemakaiannya.

Yang penting, kita sangat sukakan baunya yang wangi apabila memakai bedak.

Bedak adalah sejenis butiran halus seperti tepung yang diperbuat dari gabungan 3 bahan mineral magnesium, silikon, dan oxigen. Gabungan 3 bahan ini mempunyai nama tersendiri iaitu talcum (talc). (sumber dari http://www.cancer.org)

FUNGSI DAN KEGUNAAN BEDAK/TALCUM POWDER

celah-lipatan-baby
Foto Kredit : gropethechaos.blogspot.com

Seperti mana-mana bahan dalam bentuk butiran halus tepung, talcum dapat menyerap kelembapan dengan efisyen.

Kegunaan asas talcum adalah untuk menyerap kelembapan dan membantu mengurangkan geseran pada celah-celah lipatan anggota badan seperti di celahan ketiak di atas.

Celahan anggota badan yang bergerak mudah melecet jika terlalu lembap dan kuat berpeluh.

Kegunaan talcum dapat di ringkas seperti berikut:

  1. Menyerap kelembapan di bahagian lipatan badan
  2. Mengurangkan daya geseran pada lipatan-lipatan badan yang mudah melecet
  3. Sebagai wangian pada Baby
  4. Memastikan kawasan aplikasi sentiasa kering

MENGAPA PERLU KERINGKAN BAHAGIAN BADAN SEDANGKAN ADA ‘MOISTURIZER’ JUGA?

3rd-pix-diaper-rash
Foto Kredit : femininetouchblog.wordpress.com

Mengurangkan kelembapan kulit dapat mencegah dan mengurangkan gatal-gatal yang seringkali diakibatkan dari bakteria dan kuman.

Kita terdedah dengan berjuta kuman dan bakteria setiap hari. Kuman dan bakteria sangat sukakan persekitaran yang lembap dan panas, yang juga menjadi pemangkin untuk pembiakan makhluk kecil ini.

Celahan bahagian badan yang sentiasa lembap menjadi tempat tumpuan bakteria dan kuman.

Moisturizer atau kebiasaanya, Baby Lotion pula, merupakan lotion untuk meningkatkan kelembapan dibahagian-bahagian badan yang mudah kering.

Bahagian-bahagian badan yang mudah kering adalah bahagian yang sentiasa terdedah pada udara seperti lenga, pipi, kaki dan kepala. (baca artikel penuh di sini)

BAHAYA DAN KESAN-KESAN BEDAK/TALCUM

berdebu-bedak
Foto Kredit : well.blogs.nytimes.com

Untuk kegunaan aplikasi terus  pada kulit, bedak/talcum adalah sangat selamat.

Sedikit bedak yang bertebaran di udara adalah tidak begitu memudaratkan, namun harus dikurangkan.

Sangat membahayakan apabila dihidu dengan berlebihan. Kesan dari fungsi pengeringan bedak, boleh menyebabkan paru-paru kering dan boleh menyebabkan sesak nafas sehingga memudaratkan Baby kecil.

 

powder
Foto Kredit : TopClassActions.com

Cara-cara Terbaik Menggunakan Bedak/Talc

  1. Taburkan bedak pada tangan dahulu dengan kuantiti yang sedikit
  2. Kemudian baru diapplikasi pada Baby
  3. Focus pada bahagian leher, celah ketiak dan celah peha sahaja.
  4. Jangan letakkan terus pada bahagian kemaluan Baby terutamanya Baby Girl

PERHATIAN : Elakkan dari menabur bedak terus ke atas Baby dari botol.

ADAKAH BENAR BEDAK/TALCUM BOLEH MENYEBABKAN ‘Cancer Ovarian’ ?

Bottles of Johnson & Johnson baby powder line a drugstore shelf in New York
Foto Kredit : gropethechaos.blogspot.com

Beberapa bulan yang lalu, kita telah digemparkan dengan isu bedak Johnson & Johnson menjadi punca kepada ‘Cancer Ovarian’.

Deane Berg, dari South Dakota, USA, yang berumur 58 tahun (2014), telah memfailkan saman sebanyak $72 juta, atas tuduhan pihak J&J tidak memberitahu pengguna berkenaan kesan negatif talcum yang ‘boleh’ meningkatkan kebarangkalian ‘Cancer Ovarian’.

Deane menyatakan beliau telah menggunakan bedak/talcum untuk mengeringkan bahagian sulitnya sejak dari kecil sehingga sekarang (hampir 4 dekad), dan baru hari ini dikesan mempunyai Cancer Ovarian. (baca artikel penuh di sini)

Walaubagaimanapun, National Health Council (www.cancer.org), telah membuat kesimpulan yang menyatakan, masih tiada lagi kajian yang tepat yang dapat mengaitkan secara terus hubungan antara penggunaan Talcum J&J dengan Cancer Ovarian.

Wujud beberapa artikel dan kajian mengenani hubungan itu, namun sumbernya masih tidak kukuh untuk dibuat konklusi yang konkrit. (baca artikel penuh di sini)

.

Oleh itu, terpulang pada pengguna samada untuk kekal menggunakan bedak/talcum atau terus tidak menggunakan langsung bedak.

Pada yang masih inginkan wangian harum dari bedak/talcum, kami nasihati agar bedak digunakan dengan berhati-hati dan tidak diletakkan pada bahagian kemaluan untuk mengelakkan sebarang kemudaratan jangka panjang.

.

Sumber artikal di olah dari BabyCentre.com

Advertisements