Salah 1 item yang tak pernah lupa untuk dibawa semasa keluar rumah (walaupun sekejap) adalah DIAPER BAG!
Sebelum tu… apa itu Diaper Bag?
Diaper Bag adalah bag yang penuh dengan keperluan si comel anda. Terdapat banyak pilihan diaper bag dijual di luar. Ada yang jenis galas, sling, bentuk kotak keras (?!) dan banyak lagi. Pada awalnya, kami gunakan beg jenis sangkut di bahu, tetapi setelah beberapa bulan kami rasa jenis backpack adalah yg paling mudah & praktikal. Ikutlah mana yang menjadi pilihan mommies 😀
Ok, back to the real topic. Apa yang perlu ada dalam diaper bag ini? Di sini, saya listkan 9 (mengikut pengalaman sendiri) :

  1. Diapers!
    Nama pon diaper bag kan. Mestilah perkara utama yang perlu ada ialah diaper 😛 Kuantiti tu terpulang pada keperluan baby masing-masing. Selalunya saya bawa sekurang-kurangnya 4pcs (jika keluar rumah seharian).
  2.  Wet Wipes
    Seeloknya asingkan 1 untuk membersihkan baby & 1 lagi untuk lap tangan baby / mommy.
  3. Tisu
    Jangan pula bawa sekotak tisu besar ya! Tak muat bag nanti 😛 Memadai yang dalam plastik kecil itu sahaja 🙂
  4. Alas Tukar Diaper 
    Kebanyakan nursing room di mall ada menyediakan tempat yang selesa untuk baringkan baby semasa menukar diaper, tetapi untuk lebih hygienic, alas dengan pad khas untuk menukar diaper atau towel kecil.
  5. Bag plastik
    Untuk membungkus diaper /baju kotor.
  6. Pakaian extra
    Untuk kes-kes kecemasan / kes yang tidak di ‘plan’ 😛
  7. Towel kecil
    Untuk lap badan baby / atau kekotoran lain atau boleh juga dibuat selimut semasa baby tidur dalam perjalanan
  8. Krim Anti Nyamuk
    Untuk cuaca tropika di Malaysia, nyamuk adalah musuh utama!
  9. Sabun & losyen bayi
    Lebih mudah bawa dalam saiz kecil & ‘travel-friendly’Itu sahaja yang ada dalam diaper bag kami. Of course, lain mommy lain item yang diperlukan. Jadi, kalau mommies ada essentials lain yang dibawa, boleh sharekan dengan kami dan boleh kita praktikkan bersama dengan pembaca yang lain.
    Oh ya! Lebih mudah kalau gunakan diaper strap. Item-item dalam bag akan lebih ‘organized’.p/s: Since kita di dalam topik bag, 1 perkara wajib dalam handbag saya sejak bergelar ummi adalah nursing cover. 😀
Advertisements