Sejak sudah menjadi seorang ibu, apabila mendengar berita tentang sahabat atau saudara mara yang hamil, kita turut tumpang gembira, kan? Nak nak lagi kalau si bakal ibu itu adalah ‘first time mommy’.  Macam-macam yang hendak dikongsi dengan mereka. Ada yang turun temurun diamalkan, ada yang berdasarkan pengalaman sendiri sahaja. Apa yang saya boleh katakan, kita dengar sahaja dahulu semua amalan, dan kita nilailah sendiri mana yang baik untuk dipraktikkan 🙂

Kali ini, saya ingin berkongsi amalan yang nampak mcm remeh tapi sangat membantu dalam memudahkan proses hamil dan kelahiran nanti, insyaAllah. Amalan di bawah ini mengikut pengalaman saya semasa hamil dahulu.

  1. Minum air
    Air yang banyak perlu diminum dan tentulah air suam. Bukanlah air sedap dan sejuk tu 😛 (walaupun kadang-kadang tu memang teringinnn sangat nak minum). Kalau sebelum hamil kita hanya minum 3 gelas sehari, gandakan bilangan gelas itu semasa mengandung. Dengan memastikan badan kita sentiasa hydrate, dapat memberikan tenaga sepanjang hari terutama apabila perut dah makin membesar. Memang pada permulaan kalau tidak biasa dengan pengambilan air yang banyak, kita asyik nak ke toilet sahaja. Tapi sebenarnya pundi kencing kita tu seperti belon, kalau diisi dengan air masih boleh mengembang. Cuma kalau tidak biasa, dinding pundi tu keras sedikit, itu lah sebabnya asyik terasa nak ke toilet. Jangan risau, lama-lama boleh tahan punya.
    Tapi jangan pula tahan untuk buang air ye! Tak pasal-pasal lain pula masalah yang datang nanti 😛
    Amalan minum air suam ini juga boleh dilanjutkan bila sudah melahirkan nanti terutama kalau bercadang untuk memberikan susu badan pada baby. Memang cepat rasa haus 🙂
    Kaki bengkak semasa mengandung? Minum lebih air!air
  2. Nutrien
    Pengambilan nutrien yang secukupnya sangat penting. Yelah, sudah berbadan dua, jadi makan pon perlulah untuk 2 orang. Tapi bukan hentam sahaja ya makan semua benda 😛
    Kebiasaannya, pihak hospital akan memberikan asid folik untuk dimakan kepada bakal ibu.
    Makanlah makanan yang berkhasiat, lebihkan sayuran dan buah-buahan. Masalah sembelit juga dapat diselesaikan. Pelbagaikan jenis makanan yang diambil semasa mengandung dan elakkan pengambilan junk food & fast food ya!
    Perlu diingatkan, apa yang dimakan oleh ibu menjadi makanan untuk baby juga. Ibu sihat, baby pun sihat insyaAllah 🙂
  3. Mengambil kurma sekurang-kurangnya 3 biji sehari
    Kalau kita refer pada bahan bacaan sama ada dalam buku atau pon artikel di internet, memang banyak dinyatakan yang kurma ini memberikan tenaga pada sesiapa yang mengambilnya. Saya telah cuba sendiri untuk mengambil kurma semasa mengandung dan memang betul, sangat-sangat memberi tenaga (nak-nak lagi bila dah di trimester ke-3! )
    Saya ke hospital pada saat-saat terakhir, ketika bukaan serviks telah 10cm, dan ketika itu saya tidak sempat untuk lunch. Jadi suami hanya berikan saya kurma semasa dalam delivery room. Alhamdulillah, tenaga banyak untuk ‘push’ ketika itu!
    Kurma_4848
  4. Kurangkan mengambil junk food/ fast food
    Apa itu ‘junk food’? Makanan yang mengandungi sangat rendah nutrien, vitamin & mineral tetapi tinggi kolesterol / gula / lemak tepu. Antara contoh junk food yang banyak dijumpai di kedai ialah air bikarbonat (air gas), makanan instant seperti maggi, frozen food seperti fries dan nuggets, keropok pelbagai perisa dan banyak lagi. Lebih peka terhadap kandungan makanan yang dibeli adalah tindakan yang bijak! Kalau tiada masa untuk masak, pilih kedai / restoren yang menyajikan makanan yang sihat. Google je banyak pilihan sekarang 🙂
  5. Bergerak
    Berjalan atau senaman yoga adalah amalan yang lebih praktikal untuk ibu mengandung. Tetapi sebelum melakukan aktiviti senaman, perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu kerana keadaan badan setiap orang berbeza-beza. Sesuaikan aktiviti harian dengan kesihatan badan kita. Untuk ibu yang bekerja, janganlah hanya duduk di meja kerja sahaja. Setiap sejam, cuba bangun dan berjalan sedikit untuk pastikan darah berjalan lancar. Untuk suri rumah pula, tugasan di rumah yang ringan boleh dilakukan seperti biasa. Jangan hanya duduk di sofa sahaja ya!
    Malam sebelum saya melahirkan anak saya, saya ‘paksa’ diri untuk berjalan di sebuah mall besar. Keesokan harinya, saya ke hospital pada pukul 1 tgh hari dan pada 2.35 petang, anak saya selamat dilahirkan. jadi betullah dengan berjalan banyak sangat membantu memudahkan kelahiran.
  6. Berdoa
    Sesuatu yang sentiasa saya lakukan semasa mengandung. Berdoa supaya kandungan dan diri ini sihat, berdoa semoga proses melahirkan dimudahkan, berdoa anak yang lahir nanti sihat walafiat. 
    Saya ingin kongsikan beberapa surah yang elok diamalkan oleh ibu mengandung yang beragama Islam.Gambar ihsan: http://www.littlekhalefblog.com
    surah-mengandung

Inilah amalan yang saya amalkan semasa mengandung anak pertama saya dahulu. Mudah je kan? Dan alhamdulillah, amalan ini sangat membantu memudahkan proses kehamilan dan delivery saya.

Kalau moms lain yang ada amalan yang boleh dikongsikan bersama, boleh comment dan kami akan compilekan untuk rujukan bersama 🙂

Advertisements