Assalamualaikum wbt Moms,

AURAT diambil dari perkataan Arab ‘Aurah’ yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh Allah s.w.t dalam surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud :

“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai “Ahlu Bait”, dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).”
(sumber dari laman web JAIS)

Sudah menjadi kewajipan untuk setiap muslimin dan muslimat untuk menutup aurat. Kami percaya didikan awal tentang aurat adalah perlu untuk anak di awal usia. 

  1.  Manusia bernafsu pelik semakin menjadi-jadi
    • Risau dengar berita pada zaman sekarang ini. Ahli keluarga merogol keluarga sendiri, anak pengasuh melakukan perbuatan tidak senonoh pada anak asuhan dan macam-macam lagi. Nauzubillah, semoga anak-anak kita dilindungi daripada perbuatan terkutuk ini. Melindungi tubuh badan anak dari mata-mata spesis manusia bernafsu pelik terhadap kanak-kanak adalah antara langkah mudah dan bijak yang boleh diambil oleh ibu bapa terhadap anak-anak (walaupun masih kecil).
  2. Pendedahan tentang pemakaian sopan sejak kecil
    • Untuk anak kecil,  cukup sekadar kurangkan pemakaian anak dengan baju tiada lengan, seluar ketat / leggings da seluar/ skirt pendek.
    • Untuk anak yang sudah ke sekolah, bolehlah dididik untuk berhijab. Biarkan mereka memilih tudung pilihan mereka, barulah seronok untuk mereka memakainya.
  3. Peribadi yang sopan
    1. Kelakuan dan tingkah laku yang sopan juga adalah merupakan salah satu topik aurat. Didikan pertama yang diterima oleh anak-anak semestinya daripada ibu bapa mereka. Setiap perilaku ibu bapa akan di’copy paste’ oleh anak-anak. Oleh itu, terapkanlah nilai-nilai peribadi yang baik dan sopan walaupun di rumah 🙂

Bagi kami, aurat untuk anak yang masih kecil bukanlah terbatas dengan memakai hijab semata-mata tetapi lebih kepada pemakaian dan pembawakan diri anak-anak. marilah sama-sama mendidik anak dengan cara yang lebih bermanfaat, insyaAllah.

Pretty B Hijab

Nurturing Jr Muslimah

Advertisements