Assalamualaikum wbt Moms!

Trend tudung pada zaman ini sudah pelbagai. Makin lama,  makin banyak trend tudung atau shawl yang muncul. Kalau zaman saya kecil dulu (tahun 90-an), 1 jenis tudung kanak-kanak sahaja yang boleh dipakai iaitu  tudung sekolah.  Material kain tudung masa itu pun tidak ada banyak pilihan. Nak tak nak, tudung mak lah yang menjadi mangsa. Yang tak bestnya, saiz sangatlah besar dan design pon ala-ala taste mak-mak gitu 😛

Anak sekarang beruntung kerana sudah ada tudung yang direka khas untuk mereka. Saiz yang sesuai dan design yang ‘jiwa kanak-kanak’, berlambak dijual di kedai. Tapi ada satu lagi masalah.  Bila anak pakai tudung, nampak tidak kemas pula! Kenapa ye?

HA!! Sudah tentulah anak tidak selesa kerana tidak memakai anak tudung!

Tahu sahajalah, anak-anak kan lasak. Tidak boleh duduk diam. Tudungnya pun ikut sama tidak duduk diam. Dengan memakai anak tudung, penampilan anak lebih kemas, anak pon selesa 🙂

Kami di Pretty B Hijab, menyediakan pelbagai jenis anak tudung untuk pilihan Jr Muslimah anda. Sebab keselesaan pemakaian tudung, terletak pada anaknya.

Kami nak kongsi tips untuk memilih ANAK TUDUNG mengikut kesesuaian Jr Muslimah anda.

  1. RAMBUT PANJANG
    • Untuk anak yang mempunyai rambut ikal mayang dan panjang, sangat sesuai untuk memakai INNER LYCRA kami.  Inner ini mempunyai lubang yang besar di bahagian belakang, jadi rambut yang panjang itu mempunyai ruang yang selesa untuk bernafas walaupun masih bertudung 🙂
  2. RAMBUT KEMBANG
    • Geram bila tengok anak perempuan berambut kembang. Jealous pun anda sebab rambut saya pun nipis sahaja. Tapi saya tahu, penjagaan untuk rambut kembang ini tidak senang. Salah satu cara nak menjinakkan rambut itu adalah dengan memakai anak tudung yang sesuai, iaitu INNER WARDA JR kami. Anak tudung ini direka khas untuk memberikan keselesaan kepada si rambut kembang.
  3. RAMBUT PENDEK
    • Kalau anak perempuan yang berambut pendek, tidak sukar untuk mereka memilih anak tudung yang selesa. Pilihan yang terbaik yang kami boleh cadangkan ialah INNER SNOWCAP kami. Hanya sekali sarung, dan anak selesa bertudung sepanjang hari.
  4. KERAP BERPELUH
    • Cuaca Malaysia memang panas. Jadi tidak hairanlah badan mudah berpeluh. Untuk Jr Muslimah yang kerap berpeluh, atau mungkin ingin melakukan aktiviti lasak, boleh memilih untuk memakai INNER SNOWCAP kami kerana inner ini diperbuat daripada kain jenis ‘cotton’. Material ini mampu untuk menyerap peluh.
  5. ANAK MASIH KECIL
    • Alhamdulillah, ada moms yang telah mendidik anak untuk memakai tudung sejak kecil. Untuk memberikan keselesaan maksimum kepada mereka, anak tudung jenis INNER LYCRA boleh dijadikan pilihan untuk mereka. Inner ini sangat mudah untuk dipakai, jadi tidak memberi komplikasi untuk anak memakai anak tudung mereka sendiri.

Cukup kan 5 tips di atas? InsyaAllah dapat dimanfaatkan bersama ya 🙂

Untuk melihat koleksi anak tudung yang lain, boleh ke link ini —bit.ly/anaktudungbudak .

 

Advertisements