Assalamualaikum wbt.

“Ibu! Sakitlah leher saya”

“Mama, gatal lah. Tak selesa!”

Ada tak Moms yang mengalami situasi seperti dialog di atas?
Kadang-kadang tudung yang dibeli sedikit longgar, jadi perlu untuk sematkan dengan brooch supaya nampak lebih kemas. Tetapi, pemilihan brooch untuk kanak-kanak perlu dititikberatkan juga.

Kami kongsi tips untuk rujukan Moms ya πŸ™‚

1) Pilih brooch yang tidak mempunyai bucu yang tajam yang boleh menyakitkan Jr Muslimah kita

2) Pastikan material brooch yang dibeli tidak menyebabkan alahan pada kulit Jr Muslimah.

Untuk tips #3 dan #4, sila rujuk gambar di bawah untuk bahagian yang dinyatakan ya!

3) Periksa jarum sampai kepada pencangkuknya atau tidak. Jika tidak, brooch akan mudah tertanggal terutama kalau tengah mengunyah ke, atau ketawa besar ke πŸ˜€ Kalau Jr Muslimah yang lasak, senang lah tudung pon ikut lasak sama Hihi.

4) Periksa besi yang memegang jarum di pangkal brooch. Pastikan jarum ketat disambungkan dengan besi itu. Salah satu cara untuk pastikannya–Gerakkan jarum tersebut dengan jari, sekiranya ia boleh bergerak ke atas bawah, kiri dan kanan, tak perlulah beli brooch itu. Tunggu msa sahaja nak tercabut tu πŸ˜›

5) Bila nak pilih brooch untuk Jr Muslimah, berilah mereka pilihan untuk memilih sendiri. Bukan apa…Jr Muslimah sekarang pon dah ada taste tersendiri. Mesti terlebih-lebih sayang pada ibunya bila brooch yang dipilih menjadi miliknya, kan?

brooch2

 

Cukuplah 5 tips ini. Semoga berguna untuk Moms semua!

Advertisements