Busy moms di luar sana? Kita superwomen are capable to do anything kan? πŸ˜€
Memang betul! Urusan harian membuatkan kita sibuk ke sana ke mari dan kadang-kadang perlu untuk membawa baby bersama.Β  Yang menjadi masalah dan kerunsingan kebanyakan parents, apabila perlu untuk pergi berdua sahaja dengan baby. Memang susah nak memandu dan menguruskan baby serentak kan?

Tips yang PALING UTAMA adalah untuk membiasakan baby duduk di dalam carseat sejak awal umur lagi. Ini adalah sebagai latihan kepada baby itu sendiri di mana bila hendak travel, perlu duduk di dalam carseat. Ye, saya bercakap melalui pengalaman sendiri ;(

carseat

Di sini kami kongsikan tips yang telah terbukti hasilnya untuk info mommies / daddys di luar sana πŸ™‚

Beri Makanan / snek pada baby. Baby kenyang, hati mommies pun senang πŸ˜€

  • Snack yang dibawa seeloknya yang senang dipegang oleh baby sendiri aka finger food. Kalau baby yang masih belum boleh menggenggam, pastikan baby kenyang sebelum mulakan travel. Ini dapat mengurangkan rengekan kalau baby tidak selesa di dalam carseat.

Beri mainan kesukaan untuk baby leka bermain

  • Pastikan bahan mainan yang diberikan itu selamat untuk umur baby itu ya!

Pasangkan video / kartun kegemaran supaya baby terhibur sepanjang perjalanan

  • Mungkin ada parents yang kurang setuju dengan tips ini. Terpulang pada parents untuk terima atau tidak. Pada saya, dengan teknologi zaman moden ini, gadget memang tidak boleh nak diavoid 100%. Ini hanya memudahkan aktiviti harian kita. Yang penting, tentukan masa tertentu untuk penggunaan gadget untuk baby anda ya!

Sesuaikan masa travel anda dengan masa tidur baby ada. Biarkan si comel lena di dalam carseatnya.

  • Tips ini mungkin agak tricky untuk diapply tapi kalau perjalanan kita itu adalah satu rutin, boleh diguna pakai untuk adjust masa tidur baby juga!

Periksa lampin bayi. Kita pun tidak selesa kalau pakaian yang kita pakai kotor ketika travel kan? πŸ˜›

Mudah sahaja kan? Tetapi kadang-kadang kita lupa atau ralat dek sibuk dengan urusan harian. Boleh cuba tips-tips ini dan berikan feedback kalau ia betul-betu berkesan pada Moms semua!

Advertisements